Dusun
KeluargaDusun[1]
Merujuk kepada gambar di atas, kita menyimpulkan bahawa keluarga dusun dibahagikan kepada dua rumpun iaitu rumpun dusunik dan rumpun paitanik. Rumpun paitanik lebih banyak bertumpu di kawasan sungai Kinabatangan. Dalam setiap rumpun ini lagi, terdapat lagi pecahan yang lebih spesifik iaitu menurut kawasan kecil penetapan setiap kaum ini.
Dusunic->DusunPapar[2]
Setiap pecahan kecil ini bertutur menggunakan loghat daerah masing-masing dan terdapat kemungkinan beberapa perbezaan dalam penggunaan perkataan. Sebagai contoh; tulun dan kadayan masing-masing bermaksud orang, kiva dan haro yang bermaksud ada, ingga dan aiso yang bermaksud tiada, tantagas dan bobohizan yang bermaksud ketua agama dan sebagainya, digunakan mengikut loghat masing-masing.
Dusunic->DusunLotudTuaran[2]
Masalah menguasai bahasa dusun telah menjadi kebimbangan kepada kaum ini sejak beberapa lama sehinggakan kerajaan negeri Sabah cuba memperkenalkan pelajaran Bahasa KadazanDusun di sekolah rendah. Namun, pengenalan mata pelajaran ini kurang berjaya kerana loghat yang digunakan dalam teks pembelajaran adalah menurut loghat KadazanDusun Penampang. Ini menjadi suatu masalah kerana setiap daerah di Sabah didapati bertutur menurut loghat dusun daerah masing-masing. Pembelajaran menjadi sukar kerana banyak perkataan adalah tidak sama, samada dalam sebutan ataupun cara penggunaannya. Objektif memartabatkan penggunaan bahasa dusun juga kurang berhasil kerana penduduk Sabah sendiri lebih suka bertutur bahasa Malaysia.
Dusunic->DusunTebilung[2]
Bahasa dusun juga sebenarnya suatu bahasa yang sukar untuk dikuasai. Banyak orang dusun sendiri bersetuju bahawa tatabahasa dusun agak sukar dan tidak mungkin dapat dikuasai dengan hanya belajar dari buku-buku panduan yang ada. Lebih-lebih lagi, kerana variasi yang wujud dalam rumpun dusun, tatabahasa bagi setiap dusun agak berbeza. Jika berdialog dengan dusun dari rumpun lain, mungkin boleh mewujudkan salah faham hanya kerana perkataan atau tatabahasa yang berlainan.
Paitanic->DusunSegamaKinabatangan[2]
Bahasa dusun adalah mudah bagi anak-anak yang lahir dan bertutur bahasa dusun dari kecil, namun sukar buat anak-anak dusun yang jarang mendengar dan bertutur bahasa ini dari kecil. Alasan ini boleh digunapakai kerana apabila anak-anak kecil melangkah ke alam persekolahan, kehidupan sosial yang berkisarkan kepada kepelbagaian kaum menyebabkan mereka cenderung menggunakan bahasa yang digunakan oleh semua orang, iaitu bahasa Malaysia. Memang terdapat kebenaran dalam pendapat ini kerana terbukti anak-anak yang duduk dan membesar mengikut bahasa majoriti akan bertutur dalam bahasa majoriti itu, contohnya orang pedalaman lebih menggunakan loghat pedalaman dan orang sekitar bandar cenderung bertutur bahasa Malaysia.
Dusunic->DusunLabuk[2]
Dusunic->IdahanLahadDatu[2]
Dusunic->RungusKudat[2]
Dusunic->RungusKudat[2]
Paitianic->DusunSungaiKinabatangan[2]
Dusunic->DusunTatanaKualaPenyu[2]
Dusunic->DusunTatanaKualaPenyu[2]
Dusunic->DusunBonggi[2]
Dusunic->BisayaBeaufort[2]
Paitanic->DusunTombonuoBeluran[2]
Paitanic->DusunLobou/LobuSookKinabatangan[2]
Dusunic->DusunKimaragangKotaMarudu&Pitas[2]
Dusunic->DusunMurutKeningau[2]
Dusunic-> DusunTindalKotaBelud[2]
Jika menurut asal usul sejarah Dusun, kebanyakan kisah adalah berkisar kepada Nunuk Ragang yang kemudiannya berevolusi pada zaman kedatangan penjajahan kuasa luar. Sehingga hari ini, perkembangan dusun turut berkisar kepada dua-dua fahaman yang menjadi kehidupan mereka.
Walaubagaimanapun, dusun tetap yang meriah, happening, ceria, peramah dan suka menjerit "Arramaitii...!".
SAYA COPY PASTE JAKNI DARI BLOG ORANG..SORY KALAU X KEBENARAN N TQRujukan